ASSALAAMUALAIKUM

Selamat menziarahi ke blog yang sederhana ini. Blog hanya sekadar untuk mendapatkan informasi tentang kedudukan para ulama dan badan-badan Islam di Singapura.

Hasil daripada maklumat itu, ingin saya menjadikan ia sebagai sebuah buku sejarah. Supaya tokoh-tokoh yang telah berjasa dapat dikenali khususnya untuk generasi muda yang akan datang.

Saya mengalu-alukan dan sangat berbesar hati kepada sesiapa pun yang berada diluar sana sekiranya dapat berkongsi atau memberi apa-apa pun maklumat tentang isu yang berkaitan....

Terimakasih.





Powered By Blogger

Pencarian 1

Dalam pengerakan usaha menjejaki maklumat-maklumat yang perlu dicari, banyak tempat-tempat yang telah saya tinjau seperti masjid-masjid, perpustakaan, halaman internet. Tinjauan itu berterusan kepada kebanyakan orang-orang awam yang saya rasa perlu untuk bertanya, termasuk guru-guru agama dan pakcik-pakcik yang boleh memberikan sumber maklumat. Kebanyakan dari mereka menceritakan hal dan pekara yang sama sebagai contoh nama-nama ustaz yang biasa kita ketahui.

Sehinggalah pada suatu hari saya melawat takziyah arwah bapa kawan saya. Disana saya rasa terkejut dan hairan bila ada diantara tamu yang hadir memberi pengistiharan bahawasanya beliau (arwahnya) adalah seorang ulama dan president sebuah badan yang bernama ANGKATAN ISLAM SINGAPURA. (A.I.S)

Semenjak hari itu, saya mula dan teringin sangat untuk tahu sebuah badan yang saya sendiri tidak pernah dengar atau tahu asal-usulnya. Hanya maklumat yang diberi dari saudara-mara kawan saya, badan ini telah wujud lama sekitar tahun 1950-han. Tahun sebelum MUIS menjadi badan khusus untuk Singapura.

Secara ringkas..kepada sesiapa yang hadir ke-blog saya ini, bantulah saya untuk menjadikan usaha saya menjadi satu kenyataan dengan mencarikan sumber-sumber maklumat mengenai badan ini. Kerana sudah hampir lebih 100 orang saya bertanya, bermacam-macam tempat dan web-page saya layari tetapi tidak juga membuahkan hasil.

Jika ada link-link atau gambar-gambar yang baik dari sudut pencarian saya ini, sila post ke dalam post box yang telah disediakan.

Bantuan anda amat saya hargai....

Tuesday, March 2, 2010

Hasil Lanjutan Pencarian1 (dari unkown)

Ini adalah maklumat yang telah diberi daripada saudara Unknown:

Singapore Islamic Movement Angkatan Islam Singapura (AIS) Address. 52 Lorong
Telok Kurau, 1542 Singapore. Leadership. Mohammed bin Omar (pres), Sec-Gen Ibrahim Bin Abdul Ghani....


Saya tak sangka dapat juga nama kepada badan ini, tetapi hanya sekadar itu sahaja tanpa maklumat siapa peganti sesudah mereka berdua dan semakin dalam saya jelajah badan ini semakin hendak tahu lebih lanjut. Tidak sangka juga bahawa badan ini telah wujud sejak awal sebelum perdana menteri L.K.Y; Terimasih kepada gerangan yang memberi maklumat ini dan janganlah putus-putus untuk meberi maklumat lanjutan sekiranya ada.

0 comments:

Post a Comment